Feb 9, 2010

DSD dan Atuk.

8.30 pagi esok (hari ni – Selasa) exam Digital System Design (DSD).

Belum habis belajar lagi ni.

Banyak yang tak reti…… sedihla.

Semoga Allah permudahkan aku jawab exam esok!

 

 

Atuk (belah Abah) sakit.

Sekarang kat ICU.

Hidupnya dengan bantuan mesin je.

Dan, of course, Allah.

Ahad hari tu dah balik gi tengok atuk kat Hosp. Sg. Buloh.

Sedih betul tengok keadaan atuk…

Rindu pada celoteh mulut atuk yang suka bercerita dan membebel.

Rindu sangat!

Kesian Tokwan.

Tokwan sedih sangat tengok atuk sakit…

 

Semoga Allah berikan apa yang terbaik untuk Atuk.

 

Ya Allah,

Andai hidup di dunia adalah terbaik untuk Atuk, Kau hidupkan lah Atuk dan berikanlah kesihatan kepadanya.

Andai sudah tiba ajalnya yang Kau tetapkan, kami redha…

Feb 5, 2010

Lagi, lagi, dan lagi. Juga bertubi2.

Semua belum settle!

Satu pun belum.

Makin bertambah adela.

Bertubi2.

Yang sana pun nak,

Yang sini pun nak.

 

Yang lama pun belum habis cerita,

Dah nak buat cerita baru.

Umur dah dewasa,

Perangai macam kanak2.

Matangla sikit.

 

Dulu,

Yang asing buat perangai.

Mungkin nak sesuaikan diri.

Pergi jauh sekejap.

Dah ok.

 

Sekarang,

Bila yang asing dah x asing,

Yang memang tak asing pulak buat hal.

Permata diabaikan,

Kaca yang dicari.

X cukup ke dengan cahaya-cahaya?

 

Itulah yang dikatakan tak nak bersyukur.

 

Oh, sedarlah.

 

Memang,

Mungkin banyak dugaan.

Mungkin juga banyak yang perlu disabarkan.

Tapi,

Sabar itu kan iman.

Kunci kedamaian.

 

Dulu,

Kan dah janji?

Kata nak ubah kaca jadi pemata?

Peganglah pada janji.

 

Jangan bimbang,

ALLAH bersama mu.

 

Ditujukan kepada: yang berkenaan dan terkesan.

Feb 1, 2010

Nikah.

Baru lepas tengok gambar2 walimah dan honeymoon seorang sahabat.

Betul2 buat hati ini jeles.

Beta murka!

 

Alangkah indahnya CINTA selepas nikah~

 

Ya Allah, bila pula jodohku yang dah Kau tetapkan?

Jan 31, 2010

Macam-macam dan sabar.

Famili aku.

Ummi, abah.

Adik-adik pun.

Aidid ngan Atiyah je terkecuali.

Sume yang ada kat umah skang dapat rasa.

Sume kena hadapi.

Ujian yang pelbagai.

 

 

Maktok di kampung (Kelantan) dah tak boleh nak bangun utk duduk, sentiasa terbaring.

 

 

Atuk di Bagan Datoh dah mula jadi cam dulu balik. X bercakap, bad mood, dan lama2, x dapat 'cam' anak2 dan cucu2 sendiri. Ummi kata, mungkin Atuk tlalu stress.

 

 

Maid pun, jadi masalah jugak. Disebabkan terlampau sibuk, x sempat2 ummi nak uruskan.

Sebenarnya kalau nak diikutkan, xpayah ada maid pun xpe.

Rumah sekarang dah x sebesar dulu.

Adik2 pun masing2 dah besar, dah tahu uruskan diri sendiri.

Masalah sekarang, sume x rajin2 nak memasak.

Tu belum kira nak basuh dan lipat pakaian lagi.

Memang, darah tinggi Ummi kerap lah menyerang.

KESIAN UMMI!

 

 

Urusan pindah rumah, pun belum selesai.

Esok dah nak kena serah kunci, rumah belum clear lagi.

Barang2 yg perlu diangkut dengan lori, dan nak cuci rumah lagi,

Memang, x habis2 penat Abah dan Ummi.

 

 

 

Untuk diriku, keluargaku, dan saudara2 seIslamku,

 

"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik." (70:5)

 


"Dan kerana tuhan mu, bersabarlah." (74:7)

 

Jan 29, 2010

Cuti Oh Cuti.

Hari ni da pun Jumaat.

Xde benda pun buat spjg cuti.

Asyik buang masa je.

 

 

 

Lepas cuti, ada 3 paper exam, presentation seminar, DSD project paperwork submission, reports tapi, satu pun x buat lagi!

 

 

 

Nak gi jalan2 pun x pergi2.

The Store pun x sampai lagi!

 

 

 

Duduk rumah baca novel.

Ulang tengok Goong (Princess Hour).

Tidur.

Makan.

Termenung.

Berangan.

Jadi co-driver cik Qah.

Bersuai kenal ngan rumah baru.

 

 

 

Still rasa macam tak caya dah pindah rumah.

Sume berlaku begitu pantas.

X sempat nak bkenalan ngan rumah baru, dah kena balik UIA smula.

Fikir2 balik, seronok gak rumah ni.

Tapi,,,,

Kawan2 kat Gombak!

 

 

 

 

Nak duk rumah lama balik boleh tak?

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space