Aug 28, 2010

Today has gone dan aku dapat satu seluar (apa kaitan?).


Hari Jumaat yang panjang ni dah pun melabuhkan tirai nya tapi aku belum pun mula belajar (ulangkaji) untuk exam Isnin ni. Seharian aku keluar berjalan-jalan mensesatkan diri, buka puasa makan banyak-banyak dan bila pulang semula ke UIA, dah tersandar kepenatan dan kekenyangan. Aktiviti hari ini adalah bersama keluarga. Apabila bersama keluarga, semua ingatan tentang UIA dan pelajaran haruslah lenyap bagaikan tak pernah wujud, buat sementara waktu HAHAHA.

Bila aku godek-godek semula blog aku baru aku perasan (dah lama perasan sebenarnya HAHA), blog aku ni sunyi sepi tanpa gambar mahupun video juga lagu. Nak kata laptop aku tak ada lagu, memang menipu je lah kan, nak kata tak ada video tu lagilah tipu, cuma..... vitamin M kuat mengatasi segala-galanya. ngehngehngeh

Tadi, dalam nak cepat-cepat kelamkabut pasal orang semua pakat dah nak tutup kedai, aku sempat angkut satu seluar comel di Reject Shop. Alang-alang dah ada mak aku di situ, cucuk-cucuk la duit Umi kan...hehehe
Seluar yang dibeli dari Reject Shop tadi (tidaklah sama tapi serupa, pinjam dari Google).
Untuk raya kali ni, kedua-dua baju kurung aku mak aku yang pilih dan belikan. Disebabkan aku seorang yang saaaangat cerewet dan memilih, mestilah aku setuju-dalam-terpaksa je dengan pilihan mak aku. Tapi tiap-tiap tahun pun macam tu, jadi 'ok' kan sajelah~ ^^

Daripada tak ada apa yang aku nak cerita, meh aku tunjuk seluar-seluar kegemaran aku yang aku tak dapat pakai, sebab aku perempuan muslimah dan aku takde duit. ngaaaaa aku geram sebenarnya! Buat pengetahuan, aku suka seluar, dan yang bukan Jeans.

Kalu aku pakai, silap-silap haribulan kena pukul ngan batang mop kat rumah aku.

(please exclude segala jenis rantai yang ada pada seluar)
Cantik tapi mesti agak ketat di peha :(
Aku suka tengok dia meleleh-leleh (erk?) berlipat-lipat kat bawak kaki tu..
Comel je (exclude the chains jugak)
Plain camni pun cantik.
Ladies Casual Pants - cantik :)
Seluar yang cantik dari China.
Geram!
Dahla. Kejap je pulak kerajinan aku nak upload gambar.
Okay, jumpa lagi dan selamat berpuasa! ^^


p/s: Doakan aku berjaya untuk study dengan bersungguh-sungguh!

0 comments: