Jan 11, 2011

SMS dan respon/reply.

Beberapa hari lepas, ada aku jenguk blog2 sahabat2. Terjumpa la satu post yg sangat menembak tepat pada diri sendiri. Benda yang slalu sangat aku abaikan, pandang remeh tapi sebenarnya sangat penting.... Akan ku cuba ubah tabiat buruk ku itu, InshaAllah!
"apa yang akan ditulis sebentar lagi adalah perkara yang remeh bagi kebanyakan orang, tapi sebenarnya sangat penting..

kalau nak mesej antara ramai orang, saya suka mesej orang-orang tertentu sahaja. top rater untuk mesej bagi saya ialah afra' dan atiq, bukan nak bias terhadap lelaki, tapi contoh sesama jantina lebih proper. bukan jugak yang lain tak balas mesej, tapi ada sesetengah selalu sgt balas mesej sampai imun^^ kerana saya tau mereka pasti akan balas mesej saya sehingga ke akhirnya. mereka yang berbalas mesej hanya dengan alasan kerja tidak akan dapat membawa hubungan tersebut ke lapisan atas lagi dalam tahapan ukhuwwah. sebab tu kebanyakan hubungan jadi kering, kerana kurang berhubung hal peribadi atau komunikasi terputus. kemudian syaitan pun mula menanamkan bersangka-sangka dalam hati, senang kan nak buat onar?

ini situasi yang pernah terjadi:
1. agak menjengkelkan bilamana kita perlu sms dan call banyak kali dan keluarkan ayat kenyataan seperti "sila balas ASAP, awak je yang tak balas mesej lagi"

2. bila kita perlukan hasil syura pada kadar segera, tetapi insan A tersebut balas hanya selepas keputusan dibuat. terima kasih kerana mengundi, tapi undian awak tak diterima sebab keputusan dah dibuat..

3. bila kita perlukan jawapan pada kadar segera, tetapi individu tersebut tak balas dan angkat call sehingga kita terpaksa buat keputusan sendiri kerana tiada jawapan/menyusahkan orang lain yang boleh contact individu tersebut


kadar profesional meletakkan sms/call di tahap yang tinggi. setiap sms perlu dibalas dan setiap call perlu dijawab atau call semula jika ada misscall. paling tak pun taiplah 8 huruf ini "ada apa ye?" atau 5 perkataan ini "noted" atau "nanti bagitau balik". apalah sangat 5 sen, nak dibandingkan dengan apa yang bakal terjadi - mengganggu kerja, mengganggu hati dan hubungan.

ni contoh yang terjadi: A sms B untuk beritahu venue telah bertukar tempat, B atas sebab tertentu hanya dapat buka mesej tersebut 10 minit sebelum waktu program nak bermula. perkara ni telah menyebabkan ahli2 yang lain datang ke venue yang salah. bukan salah sesiapa, cuma nak menunjukkan betapa pentingnya perkataan "noted" yang nampak remeh. itu baru "noted", yang lain cubalah fikir sendiri~

bilamana telepati tak boleh digunakan, burung merpati hanya jadi hiasan di rumah dan zoo dan surat tidak lagi jadi pilihan kerana setem dah mahal, pastikan handfon selalu ada bateri dan kredit. menjadi da'ie bermakna anda adalah penghubung kepada ramai jiwa-jiwa. jangan ambil amanah ini secara lewa! ye, ada waktu-waktu tertentu yang memang tak dapat dielakkan seperti sakit, driving, atau program, tapi berusahalah sedaya upaya untuk memastikan anda dapat dihubungi dan respon selalu.

berhubung bukan hanya melalui sms dan call, banyak lagi medium lain yang sama juga pentingnya seperti e-mel, fb, ym, meeting dll."

Petikan dari: Kak Maya

0 comments: